Tindakan pemerintah Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat

Lukisan komik editorial bertarikh 1942 nukilan Theodor Seuss Geisel yang membayangkan warganegara A.S berbangsa Jepun melakukan sabotaj menentang pihak Amerika Syarikat.

Pengintipan oleh tentera Amerika Syarikat

Rencana utama: Magic (kriptografi)

Mantan Pembantu Istimewa Jabatam Badan Keselamatan Kebangsaan David Lowman dalam buku Magic: The Untold Story of US Intelligence and the Evacuation of Japanese Residents From the West Coast During World War II ditulisnya mengatakan Roosevelt dipujuk untuk memberi wewenang penginterniran atas adanya "ketakutan jaringan pengintipan besar-besaran" yang dipercayai terbukti dalam pemecahan kod rahsia Magic iaitu projek yang mengusahakan pemecahan kunci rahsia Jepun yang dilakukan oleh pihak tentera Amerika.[15]

Lowman juga berpendapat interniran berfungsi menjamin kerahsiaan upaya pemecahan kunci rahsia Jepun oleh Amerika Syarikat; apabila orang Jepun-Amerika ditahan, maka hal tersebut akan memaksa pihak tentera Jepun membuka maklumat yang mengungkap pengetahuan mereka mengenai kunci rahsia Jepun. Bila teknologi pemecah kod Amerika harus diungkap di pengadilan para mata-mata, maka Angkatan Laut Jepun akan mengubah kunci rashia yang digunakan mereka. Kesimpulan kontroversial yang ditulis Lowman dipertahankan oleh Michelle Malkin dalam In Defense of Internment.[16]

Arahan eksekutif Hoover

Pada tanggal 19 Februari 1942, Presiden Franklin D. Roosevelt menandatangani suatu perintah eksekutif bernombor 9066 (Executive Order 9066) yang mengizinkan komandan-komandan tentera untuk menetapkan "daerah tentera" berdasarkan polisi "dari daerah tersebut sebahagian atau semua orang dapat diasingkan". Tidak seperti halnya pengumpulan "musuh asing", "zon pengasingan" ini berlaku untuk siapa pun yang mungkin dipilih komandan tentera berwenang, tidak memandang orang tersebut warga negara atau non-warga negara. Akhirnya beberapa kawasan dari Pantai Timur dan Pantai Barat akan dimasukkan ke dalam zon-zon tersebut, dan luas wilayah tersebut sekitar 1/3 dari keseluruhan luas negara. Tidak seperti program penahanan dan penginterniran yang akan diberlakukan terhadap sejumlah besar orang Jepun-Amerika, penahanan dan pembatasan secara langsung di bawah Program Pengasingan Individu ini akan dilaksanakan khususnya terhadap orang keturunan Jerman atau Itali, termasuk yang berkewarganegaraan dalam Amerika Syarikat sendiri.[17]

  • 2 Mac 1942: Jeneral John L. DeWitt mengeluarkan Pengumuman Publik No. 1 yang menyatakan "orang atau golongan orang-orang ketika situasi diperlukan" akan, pada suatu saat kemudian, harus tunduk pada perintak pengasingan dari "Daerah Tentera No. 1" (merangkumi seluruh pesisiran Pasifik negara hingga sejauh kira-kira 160.9 km dalam kawasan pedalaman), dan mewajibkan siapa saja yang memiliki keturunan "musuh" untuk menyampaikan Pemberitahuan Perubahan Alamat bila mereka merancang pindah.[18] Zon pengasingan kedua ditetapkan beberapa bulan kemudian, yang mencakup wilayah-wilayah yang dipilih oleh sebahagian orang Jepun-Amerika yang berhasil meninggalkan zon pertama.
  • 11 Mac 1942: Executive Order No. 9095 disusun oleh Kantor Perwalian Hak Milik Orang Asing, dan memberikan mandat penuh dan kebebasan untuk menentukan dan memilih terhadap semua kepentingan hak milik orang asing. Sebagian besar aset dibekukan, membuat orang asing yang terkena segera mendapat kesulitan keuangan, dan mencegah sebahagian besar dari mereka untuk keluar dari zon pengasingan.[18]
  • 24 Mac 1942: Pengumuman Publik No. 3 menetapkan jam malam dari pukul 20.00 hingga 06.00 pagi bagi "semua musuh asing dan semua orang keturunan Jepun" di dalam kawasan tentera.[19]
  • 24 Mac 1942: Jen. DeWitt mulai mengeluarkan Perintah Eksklusi Sipil untuk daerah-daerah tertentu di dalam "Daerah Tentera No. 1."[19]
  • 27 Mac 1942: Jen. DeWitt mengeluarkan Pengumuman No. 4 berisi larangan meninggalkan "Daerah Tentera No. 1" bagi semua orang keturunan Jepun untuk "tujuan apa pun hingga dan sampai ada pengumuman berikutnya atau ada perintah yang mengatur dan mengizinkan dari markas besar ini."[18]
  • 3 Mei 1942: Jen. DeWitt mengeluarkan Perintah Eksklusi Sipil No. 34 yang memerintahkan semua orang dari keturunan Jepun, warga negara mahupun tidak yang masih tinggal di "Daerah Tentera No. 1" untuk melapor ke pusat-pusat pengumpulan, tempat mereka akan tinggal hingga dipindahkan ke "Pusat-Pusat Relokasi" yang kekal.[18]

Perintah-perintah tersebut juga berlaku bagi orang-orang yang berketurunan Jepun kacukan separa mahupun sesuku; malah, sesiapa pun yang memiliki keturunan Jepun paling sekurang-kurangnya seelapan dimasukkan ke dalam kamp interniran.[20]

Rujukan

WikiPedia: Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat http://caselaw.lp.findlaw.com/scripts/getcase.pl?n... http://books.google.com/books?id=GCFT3SXwsWQC&prin... http://books.google.com/books?id=ORE5wfUNdccC&pg=P... http://articles.latimes.com/1998/feb/28/local/me-2... http://www.nddcreative.com/sfjhw/sfjhw_pdf/sfjhw_s... http://www.fdrlibrary.marist.edu/_resources/images... http://amhistory.si.edu/perfectunion/non-flash/rem... http://www.archives.gov/genealogy/immigration/enem... http://www.colorado.gov/dpa/doit/archives/wwcod/gr... http://www.nps.gov/